Saturday, 24 March 2018

SEJARAH YAMAHA LC 135

Assalamualaikum, semoga pembaca sentiasa sihat sejahtera

Okay sedia maklum lah tujuan aku buat blog ni untuk pengguna LC diluar sana tahu and serbi sedikit dapat kenal dengan motor sendiri. Bak kata orang tua 'tak kenal maka, tak cinta'. Kalau ada salah silap minta maaf sila tegur ye sebab aku pun sebenarnya taklah pakar gila gila tentang yamaha lc ni...



SEJARAH YAMAHA LC 


(FIRST MODEL)

Dikatakan model pertama yang dikeluarkan di Malaysia pada tahun 2006. Kebanyakkannya akan kata model keluaran pertama ni memang puas hati. Dari segi ketahanan, kelajuan & keselesaannya. Bab cdi dia orang kata takde cut ACTUALLY semua cdi ada cut cuma dipanjangkan limit rpm dia. Bagi cdi first model ni rpm cut limit dia pada 9000 rpm kalau tak silap la (kalau silap perbetulkan ye xD)


(FIRST MODEL ES)

Ini pula first keluaran lc yang ber'clutch'. Rata rata netizen yang pernah memakainya akan kata pickup model ni lebih power or senang cerita lebih padu berbanding model sebelumnya. Model ni memang pickupnya lebih power kerana enjinnya lebih ringan berbanding model yang menggunakan auto clutch. 
Tapi top sama je dua dua takde beza pun just pickup je. huhuhu


(SECOND MODEL V2)

Model ni pulak keluar pada tahun 2011. Haa start model ni baru lah orang kata MOTOR ADA CUT MOTOR ADA CUT MOTOR LEMBAB LOL xD. Bagi 4S second model ni enjin still sama cuma design coverset dia je dah lain. nampak kembang sikit la.

(THIRD MODEL V3)

Haa bagi model yang ketiga ni special sikit. Dia didatangkan dengan dua jenis. 4S dan 5S. Perbezaan dia dengan second model just bahagian dada dia je. Untuk V2 dada dia kembang sikit and kalau perasan la dekat lampu dada dia semua jernih. V3 pulak dada dia kecik sikit and lampu dekat dada dia ada pattern oren. memang ori kilang pattern oren tu. So kalau nak beli coverset lain kali hati hati jangan tersalah beli. yang lain sama sampai dada dia je problem bukan apa member dah pernah kena ( silap beli xD ). Okay, 4S enjin dia tetap sama dengan model ii sebelum ni. 5S pula macam mana bro ? Okay bab ni la yang dikatakan special. 5S ni reka bentuk enjin dia dah lain, enjin 5 gear berklac tangan. Senang cerita memang untung la siapa beli 5S ni. tahan pun tahan. laju pun laju. Specialnya enjin 5S ni boleh masuk gear 6. Haaaa so sesiapa yang ada 5S tu masuklah gear enam. Tapi harga gear enam tu saja dah menjangkau RM 4++. tu belum masuk harga nak modi lagi. Kehkehkeh, tapi memang untung la siapa beli 5S. nak solek pun senang... (nyesal sebenarnya tak amik 5S dulu)


(FOURTH MODEL V4)

model ni bagi aku nampak pelik sikit sebab lampu belakang dia dah tak beserta sekali dengan signal dia. so macam cacat sikit la kat situ sebab signal terjojol tapi takpe kita ni Malaysia, semua benda boleh buat. Ada yang pandai dia modi masukkan lampu belakang V2 signal belakang terjojol dia bukak. Bab wayering dia tu tak pasti la rasanya pakai wayering lama. tapi nice la dia punya modified tu nampak lawa sikit. And kelainan dia dekat dada makin nampak compact. Lampu dada dia pun dah pakai led. wuuuu. Oh lupa tapak besi belakang dia pun dah ada lampu untuk brek menggunakan led. wuuuu nampak maju la sikit. Model ni semuanya 4S takde 5S.


(FIFTH MODEL V5)

Banyak juga model lc ni. penat nangan menulisnye ni haa xD. okay yang kelima ni satu je yang lain. EKZOS. Rekabentuk lain still sama macam V4. Ekzos dia tu hmmm. tak tahu la nak kata. memang sumpah memang kurang menarik (bahasa paling budiman) and perfomance dia lain gila. Rata rta netizen kata pickup kurang sebab angin macam tak lepas disebabkan ekzos tu. Act ekzos ni katanya untuk menampakkan lagi gaya dia and jimatkan kos but tolong lah Yamaha. kelako wey bentuk dia xD dengan tak lawas dia lagi. Aku bukan nak suruh korang jangan beli Yamaha lc V5 ni. No. beli je then tukar ekzos tu dengan ekzos pattern lama. beli second baru berapa puluh. Ekzos original dah boleh simpan buat perkasam xD duh kelako


Okay tulis punya tulis dah habis dah cerita pasal Yamaha LC ni. kalau ada salah info pasal motor ni maaf la ye. In syaa Allah kalau ada masa aku akan share sikit bab bab modi modi ni. Sekian itu je dari aku. Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment